Kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Grab Malaysia. Perkongsian ini akan melihat syarikat tempatan ini bekerja dengan majlis-majlis negeri untuk mendigitalkan ribuan pedagang bazar Ramadan untuk menyediakan hidangan buat orang ramai sempena musim Ramadan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai perkhidmatan tempatan, Grab sentiasa menggalakkan peniaga untuk menguasai ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka. Selain menjadikan e-Bazar Ramadan suatu realiti, Grab juga mempunyai dua inisiatif lain untuk membawa semangat Ramadan ke rumah rakyat Malaysia sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro.

Lebih menarik, mulai hari ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% untuk keperluan perayaan anda apabila anda membeli-belah dalam talian menggunakan GrabPay dengan promosi Grab ‘Raya Deals Dari Rumah’.

LMMY1612_grab-Ramadan_Landingpage_1950x700px_BM_opt2a-1

Difahamkan selain negeri-negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Grab juga sedang berbincang dengan majlis-majlis tempatan lain mengenai kemungkinan mendigitalkan peniaga Bazar Ramadan tempatan untuk melindungi pendapatan usahawan-usahawan mikro ini.

Buat para peniaga makanan atau penjual di laman sosial yang berminat untuk  memanfaatkan sumber Grab anda boleh menghubungi mereka dengan klik di sini.

Ketahui juga Pakej Rangsangan Eknomi Selangor Prihatin 2.0 berjumlah RM272.5 juta yang bakal membantu semua golongan.

Rumusan Selangor Prihatin 2.0: Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Bantu Semua Golongan

9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat