Pada hari Rabu lalu seorang pemandu Toyota Hilux pitam ketika memandu lalu merempuh beberapa buah kenderaan lalu terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di Taman Jenaris, Kajang.

Dalam rakaman video yang tular di seluruh media sosial, ternampak kelibat seorang rider GrabFood berusaha menyelamatkan mangsa yang pitam itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal rakaman video itu, kelihatan dia mengetuk-getuk tingkap bahagian penumpang untuk menyedarkan pemandu trak pikap tersebut. Semasa Toyota Hilux itu terbabas dan melanggar rumah kedai, rider itu juga antara orang yang terawal sampai untuk melihat keadaan pemandu yang pitam itu dengan lebih lanjut.

https://twitter.com/irshad_khabir/status/1453384713326919684?s=20

Usaha murni rider itu telah mendapat pujian daripada para netizen yang kagum dengan keberanian serta kekal tenang semasa menghadapi situasi sulit ketika waktu itu.

Pada masa yang sama, pujian-pujian yang dikongsikan oleh para netizen telah dibaca oleh pihak Grab dan mereka mahu menjejak siapakah rider yang berani itu untuk diberikan penghargaan.

Pada kejadian pukul 6 petang hari Rabu lalu, pemandu Hilux tersebut dalam perjalanan dari pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang sebelum jatuh pitam lalu merempuh beberapa buah kenderaan dan merempuh sebuah rumah kedai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, lelaki itu pitam ketika memandu akibat tidak makan dan terus panik selepas tersedar ketika nahas itu berlaku.

Manakala hasil ujian alkohol dan saringan air kencing mendapati pemandu Hilux tidak mabuk serta negatif dadah ketika memandu pada hari kejadian, lapor Berita Harian.

Sebelum ini ada beberapa rider lain turut menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan orang lain yang ditimpa kemalangan. Anda boleh baca kisah lanjut melalui pautan-pautan di bawah.

Selamatkan Keluarga Daripada Lemas, Kumpulan ‘Rider’ GrabFood Ini Berjaya Raih Pujian Netizen

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor