Sebut mengenai Grab pasti orang ramai cukup tahu mengenai syarikat ini. Bermula dengan penawaran servis e-hailing, Grab berjaya meluaskan jaringan servis mereka dengan memperkenalkan beberapa servis lain dimana salah satu daripada adalah GrabFood.

Terbaru, Grab sekali lagi menjalin kerjasama strategik dan pada kali ini jenama yang dipilih adalah Heineken untuk pasaran Asia Tenggara. Sebuah jenama minuman keras yang popular serta memiliki peminum yang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
L-R-Kenneth-Choo-Managing-Director-HEINEKEN-APAC-and-Hidayat-Liu-Group-Head-of-Strategy-Partnerships-and-Business-Development-Grab-1-e1568698567195
Sumber: Business Times

Berdasarkan laporan, kerjasama antara Heineken dan Grab bakal membolehkan para pengguna memesan rangkaian produk Heineken yang terdiri daripada pelbagai minuman keras. Kerjasama ini juga dilihat sebagai salah satu cara yang menguntungkan Grab dan Heineken dalam menaikkan jumlah jualan.

Menerusi kerjasama ini, had umur pengguna yang memesan minuman keras ini turut disemak sebelum dihantar melalui servis GrabFood. Selain itu, buat masa terhad ini Heineken bakal turut menawarkan beberapa produk terbaru buat para pengguna yang memesan.

Screen-Shot-2018-05-24-at-11.33.29-PM
Sumber: Lipstiq

Servis terbaru daripada GrabFood ini bakal mula ditawarkan di Singapura dan Vietnam pada akhir September ini seterusnya ke beberapa negara lain melibatkan Filipina, Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Melihat kepada negara Malaysia dan Indonesia yang tidak tersenarai dalam rancangan, nampaknya hampir pasti servis ini tidak ditawarkan di kedua-dua negara ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel yang mungkin menarik minat anda mengenai servis yang ditawarkan Grab. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Grab Sedia Melancarkan 50 GrabKitchens Ke Seluruh Indonesia Tahun Ini

Warga Emas Berumur 60 Tahun Ini Kongsikan Mengapa Beliau Masih Lagi Membawa Grab

Perkhidmatan GrabFood Akan Diperluaskan Ke Lima Lokasi Baharu

Sumber