Siapa sangka syarikat start-up e-hailing yang mula bertapak di Kuala Lumpur ini kini telah berjaya dinobatkan sebagai syarikat kedua paling inovatif di dunia selepas Meituan Dianping. GrabTaxi Holdings yang kini telah bertapak dan beroperasi penuh di Singapura semalam telah mengumumkan perkara tersebut berdasarkan sumber Fast Company.

Pasaran Grab yang semakin meluas di Asia Tenggara sehingga mampu mengambil alih perkhidmatan salah satu e-hailing terkenal, Uber telah melonjak hasil pendapatan kira-kira $1,000,000 setakat 2018. Sehingga kini, Grab semakin aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk tujuan penambahbaikan dan telah mempunyai 7 pusat R&D di Asia Tenggara.

Tempat pertama diungguli oleh sebuah syarikat yang terkenal sebagai platform pesanan barangan dan servis dari Beijing, China yang dikenali sebagai Meituan Dianping. Meituan Dianping bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pesanan barangan pengguna, tetapi juga menyediakan servis untuk menempah hotel sehinggalah servis untuk membeli tiket wayang.