Seperti kita sedia maklum, syarikat Grab telah berjaya mendominasi pasaran Asia Tenggara dengan menawarkan pelbagai servis perkhidmatan pengangkutan dan makanan. Namun, dengan ketidak tentuan ekonomi global membuatkan sejumlah syarikat teknologi terkemuka turut mengalami kerugian pada suku tahun ini.

Grab Holdings kini telah berkongsikan kerugian besar bagi kewangan suku ketiga 2022 dengan catatan kerugian bersih mencecah $327 juta (~RM1.55 bilion). Meskipun hasil firma dilihat melonjak lebih dua kali ganda pada suku ketiga ini dengan peningkatan pada segmen peruncitan dan penghantaran makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: rnggt

Grab tetap mengakui turut berdepan kesan ketidaktentuan ekonomi khususnya melibatkan pemerhatian pelabur dan impak perubahan iklim semasa. Oleh itu, syarikat Grab ingin mengambil langkah berjaga dalam memastikan mereka boleh kekal bertahan dan bersaing di dalam industri pada masa kelak.

Antara langkah yang bakal dilakukan termasuklah memperlahankan pengambilan pekerja, memperkemas fungsi dan menggurangkan perbelanjaan insentif dan kos korporat sebagai tindak balas pengurusan untuk menangani tekenan ekonomi dengan efektif.

Sasaran tindakan pengurangan pekerja juga berkemungkinan akan berlaku. Bagaimanapun, Grab kekal optimis akan permintaan penggunanya dan menyasarkan pendapatan tahunan mencapai sekitar $1.35 bilion (~RM6.14 bilion) kelak.