Jika Uber selaku syarikat yang pioneer untuk syarikat kereta sewa terpaksa menanggung rugi ratusan juta, lain ceritanya buat Grab dimana telah memperoleh dana lebih $750 juta USD daripada Softbank.

Di awal tahun ini Blomberg melaporkan Grab berjaya untuk breakeven setelah hampir 4 tahun di dalam industri. Boleh dikatakan suatu tempoh yang agak cepat untuk sebuah syarikat yang mempunyai market yang besar seperti Grab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

grab_logo

Dilaporkan dana yang baru diterima Grab ini bakal menjadikan nilai syarikat Grab melonjak kepada $3 billion USD. Menariknya mengenai Grab adalah bagaimana syarikat ini mampu berkembang serta menerima dana yang besar dalam masa yang singkat.

Difahamkan algorithm yang dibangunkan oleh Grab merupakan antara faktornya. Sistem yang teratur serta mengutamakan pemandu disamping penumpang antara yang menjadi penyumbang.

Aplikasi yang sudah dimuat turun lebih 21 juta pengguna ini kini telahpun mempunyai lebih 400,000 pemandu serta menerima lebih 1.5 juta tempahan sehari. Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat besar begitu yakin untuk melabur kepada Grab.

960x0

Anthony Tan selaku CEO Grab mengatakan Indonesia berpotensi untuk menjadi lubuk wang terbesar Grab di Asia setelah dijangka memperoleh lebih $15 Billion USD melalui servis Grabcar dan GoJek. Untuk pengetahuan anda, penduduk Indonesia lebih selesa untuk menggunakan servis GoJek berikutan harganya yang lebih rendah, cepat serta dapat mengelakkan daripada ‘macet‘.

Melihat kepada peningkatan semasa Grab, dijangka syarikat ini bakal terus berkembang setelah dilaporkan bakal terlibat dengan beberapa syarikat besar. Bank Mandiri Indonesia antara yang terawal untuk bekerjasama dengan Grab sempena fungsi terbaru Grab iaitu GrabPay.