Minggu lepas baru sahaja diumumkan Softbank telah membuat pelaburan pada Grab yang bernilai $500 juta. Hari ini Microsoft mengumumkan kerjasama yang bakal terjalin di antara syarikat teknologi tersebut dengan syarikat e-hailing terkenal di Asia, Grab. Kerjasama yang dijalinkan ini akan berfokus dalam bidang Artificial Intelligence (AI) dan big data.

Hasil kerjasama ini akan melahirkan integrasi sokongan Grab ke dalam perisian Microsoft sebagai contoh tempahan Grab boleh dibuat melalui Microsoft Outlook, penebusan Grab Rewards melalui Microsoft Reward Gift Cards dan beberapa perkhidmatan lain.

Walaupun nilai pelaburan antara kedua syarikat ini tidak diumumkan baik dari pihak Grab mahupun Microsoft, ada khabar yang mengatakan nilai pelaburan tersebut adalah bernilai $200 juta. Pastinya prestasi kedua-dua syarikat akan bertambah lebih baik dengan adanya kerjasama ini.