Sebelum ini Grab telah menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di beberapa buah negara terpilih iaitu Bangalore, Beijing, Ho Chi Minh, Jakarta, Seattle dan Singapura. Kini Malaysia terpilih sebagai lokasi ke-7 penubuhan pusat R&D syarikat e-hailing terkenal itu.

Pusat yang akan ditubuhkan di Kuala Lumpur ini akan bertumpu kepada memperbaiki sistem perhubungan dan membangunkan produk atas talian yang baharu.

Bukan itu sahaja, penyelidikan dan pembangunan juga akan memberi manfaat kepada pemandu Grab seperti penyediaan sistem keselamatan menggunakan artificial intelligence seperti penggera yang boleh membantu menyedarkan pemandu yang mungkin hilang fokus ketika pemanduan akibat terlalu penat.

grabc
sumber: hartabumi

Seperti yang dilaporkan dalam perancangan, penggera keselamatan tersebut akan menghadkan dan penggera akan diaktifkan berdasarkan berapa jam pemanduan dan bilangan pemandu mengambil masa untuk berehat. Untuk pusat R&D ke-7 ini sekurang-kurangnya 100 orang dari pelbagai kepakaran telah dilantik bagi membantu operasi tersebut.