Seperti semua sedia maklum, ppengambilalihan Uber Asia Tenggara oleh Grab semenjak Mac lepas telah menjadikan Grab sebagai syarikat yang memegang monopoli perkhidmatan e-hailing terbesar di rantau ini.

Pengambilalihan ini nyata menarik perhatian banyak pihak antaranya Competition and Consumer Commission of Singapore (CCCS). Pihak CCCS melakukan siasatan kerana dengan berlakunya gabungan ini, akan menyebabkan kekurangan persaingan dalam pasaran. Oleh itu, kedua-dua syarikat ini bakal dikenakan denda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Grab bagaimanapun telah menolak tanggapan tersebut dan telah memohon siasatan tersebut dikaji semula. CCCS turut menyatakan beberapa penyelesaian dan meminta pandangan daripada pengguna dan pihak ketiga. Kegagalan untuk mendapatkan penyelesaian hal ini mungkin akan menyebabkan pembatalan gabungan syarikat itu di Singapura.

Sumber