Semalam gempar dengan pengumuman Uber Asia Tenggara menyertai syarikat pesaing mereka, Grab yang turut memberikan impak kepada pekerja di bawah syarikat tersebut. Pengumuman tersebut bukan sahaja disebarkan kepada pihak dalaman syarikat malah kepada para pelanggan kedua-dua aplikasi berkenaan.

grab uber

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan dengan itu, video yang dirakamkan oleh seorang pekerja Uber di Singapura tular di media sosial. Menurut pekerja syarikat tersebut, mereka diberi masa dua jam untuk meninggalkan tempat berkenaan.

Video yang dimuat naik ke laman sosial Twitter oleh salah seorang pekerja Uber tersebut disertai dengan tulisan ‘hectic’ mendapat perhatian daripada netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pekerja-pekerja itu.

Namun video yang dimuat naik oleh Syahrizad ini telah dipadam oleh beliau sendiri dan pihak Grab menyatakan ini semua hanya salah faham dan tiada sesiapa pun yang akan dibuang.

Uber kemudiannya menafikan bahawa pekerja-pekerja tersebut telah hilang punca rezeki. Menurut laporan Mumbrella Asia, pihak Grab menjamin para pekerja Uber akan mendapat tempat dalam syarikat yang baharu digabungkan itu. Grab akan mengambil kembali 500 pekerja Uber di seluruh Asia Tenggara tetapi buat masa ini, mereka diberi cuti bergaji.

Namun bagi pekerja-pekerja yang diberi ‘cuti’ mereka bagaimanapun berasa risau mengenai status, gaji dan tempoh ‘cuti’ yang mereka harus alami buat sementara ini.