Grab PayLater merupakan salah satu altenatif pembayaran Buy Now Pay Later yang sering digunakan oleh pengguna. Jika dahulu kaedah pembayaran ini hanya tersedia dalam talian sahaja, kini sudah boleh digunakan di kedai fizikal.

Bermula minggu ini, anda boleh menggunakan kaedah pembayaran Grab PayLater secara rasmi di kedai-kedai yang menyokongnya. Menerusi ciri ini, kemudahan melakukan pembelian secara ansuran tidak lagi terhad kepada pembelian atas talian seperti sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumner Gambar: Grab

Pilihan yang diberikan oleh Grab PayLater ialah melakukan pembayaran secara pukal di bulan seterusnya akan memecahkan pembelian kepada empat bayaran bulanan. Faedah turut tidak dikenakan atas setiap pembelian menggunakan Grab PayLater.

Antara kedai-kedai yang menyokong Grab PayLater ialah ALL IT Hypermarket, Desa Home Theater, Bose, Gamer’s Hideout, Li Ning, Wacoal and OSIM. Untuk melihat senarai lengkap terma dan syarat serta kedai-kedai yang menyokong Grab PayLater sila klik di sini.

Sumber