Semenjak awal bulan ini sudah kecoh diperkatakan mengenai pelaburan strategik syarikat e-hailing terkenal di Asia, Grab dengan rangkaian hotel terbesar India yang merangkumi hotel bajet OYO. Kini sudah disahkan bahawa dua syarikat tersebut telah mematerai perjanjian mengenai pelaburan tersebut.

Berdasarkan pengesahan, pihak Grab akan melabur sebanyak $100 juta (±RM416 juta) pada pusat OYO di India. Untuk pengetahuan, OYO telah lama mengembangkan sayapnya di negara Asia lain seperti di Malaysia, Indonesia, UAE, Nepal dan China.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

oyo india

Pelaburan ini dipercayai akan menjadi salah satu sumber untuk menjana pendapatan Grab sekaligus membantu mempromosikan OYO melalui pembayaran GrabPay. Bukan itu sahaja, pelaburan ini dapat membantu OYO untuk memperluaskan lagi pasaran di pasaran Asia Tenggara. Adakah anda mempunyai pengalaman bermalam di hotel OYO?

Anda Mungkin Suka