Jika sebelum ini syarikat startup dari Indonesia Go-Jek sedia memasuki pasaran Malaysia, pada kali ini syarikat startup dari Singapura, Grab pula sedia melebarkan jaringan GrabKitchens ke seluruh Indonesia.

Menerusi GrabKitchens, para rider yang menjalankan servis GrabFood berpeluang mendapatkan makanan daripada rangkaian GrabKitchens yang terdiri daripada medan selera atau warung untuk dihantar kepada pengguna yang memesan melalui aplikasi Grab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
20190416115214-hamburger-494706
GrabKitchens bakal menawarkan makanan secara konsep dine-in

Menurut pengarah pemasaran Grab Indonesia, Ichmeralda Rachman, jumlah jualan mereka berjaya meningkat 25 kali ganda sejak mula diperkenalkan pada April 2019. Setakat ini cuma 10 GrabKitchens yang tersedia di Indonesia manakala syarikat ini berminat untuk meningkatkan jumlah GrabKitchens kepada 50 rangkaian.

Menerusi kemasukan GrabKitchens, aplikasi Go-Jek yang turut menawarkan servis pesanan makanan bakal turut mempunyai pesaing terbaru. Pengenalan makanan secara konsep dine-in antara percaturan GrabKitchens untuk membuatkan orang ramai di Indonesia beralih kepada aplikasi mereka.

Sejak diperkenalkan, Grab berjaya membantu orang ramai serta berkembang dengan pesat melalui jumlah pelaburan yang diterima. Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel Grab yang menarik untuk dibaca. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Warga Emas Berumur 60 Tahun Ini Kongsikan Mengapa Beliau Masih Lagi Membawa Grab

4 Servis Terbaru Yang Ditawarkan Grab Singapura Buat Pengguna

Grab Diiktiraf Syarikat Kedua Paling Inovatif Di Dunia

Sumber