Baru semalam sahaja Uber mengumumkan mereka sedang mengadakan promosi dimana perjalanan dibawah 4 kilometer cuma akan dicas dengan harga 99 sen sahaja. Pada kami promosi ini sudah cukup hebat dan menjimatkan.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan pesaing Uber iaitu Grab dimana syarikat ini mengumumkan kempen ‘Zero Fare, Zero Problems!’. Melalui promosi ini, Grab menawarkan tambang percuma untuk perjalanan dibawah RM7 khas buat pengguna. Memang ‘gila’ betul promo daripada Grab ini.

Bukan itu sahaja, pengguna turut berpeluang menggunakan promosi ini sebanyak 30 kali sepanjang tarikh promosi yang bermula 14 Februari sehingga 28 Februari 2017.

Untuk mendapatkan promosi daripada Grab ini anda cuma perlu memasukkan kod ‘ZEROFARE’ dan pastikan destinasi yang hendak dituju bawah daripada harga RM7. Sememangnya, langkah penjimatan terbaik buat anda yang mahu ke destinasi dengan jarak yang dekat.

Sumber