Seperti yang mungkin anda sedia maklum mengenai kes baru-baru ini melibatkan pemandu Grab, syarikat ini telah memperkenalkan sebuah langkah terbaru bagi meningkatkan keselamatan para pemandu.

Melalui langkah terbaru ini, para penumpang yang menggunakan servis perkhidmatan Grab diminta swafoto setiap kali sebelum menaiki kenderaan yang ditempah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Grab
Sumber: Quartz

Difahamkan pelan terbaru Grab ini dijalankan bertujuan untuk mengesahkan penumpang serta menjaga keselamatan pemandu sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Grab turut menegaskan dimana gambar swafoto yang diambil tidak akan dikongsikan kepada pihak pemandu.

Undang-undang terbaru ini dilaporkan bakal bermula pada 12 Julai ini. Diharap langkah terbaru ini bakal mengurangkan kes-kes yang berlaku sekaligus meningkatkan keselamatan para pemandu dan penumpang.

Sumber