Mula dibincangkan sejak minggu lalu, Maybank, Grab dan Mastercard pada minggu ini telah menjalin kerjasama dalam menawarkan GrabPayCard khusus buat pengguna Grab.

Menariknya mengenai GrabPayCard, kad ini dikhususkan buat mereka yang kerap menggunakan servis daripada Grab dimana para pengguna berpeluang menerima lebih banyak ganjaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

200817-grab-platinum-maybank-card-4

Hadir dengan rekaan yang premium, Maybank Grab Mastercard Platinun Credit Card ini ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih. Rekaan yang kemas dan minimalis sekaligus membuatkan kad ini kelihatan tampil lebih premium.

Menerusi penawaran ganjaran, GrabPayCard ini membolehkan para pengguna menerima ganjaran GrabRewards 5x untuk RM1 dibelanjakan di Grab manakala perbelanjaan lain untuk penggunaan secara dalam talian turut ditawarkan dengan ganjaran GrabRewards.

200817-grab-platinum-maybank-card-2

Buat anda yang kerap menggunakan Grab, GrabPayCard sememangnya kad yang perlu anda dapatkan. Anda boleh rujuk di laman web Maybank untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara mendapatkannya. Setakat ini masih belum diketahui bilakah kad ini sedia ditawarkan secara rasmi buat pengguna di Malaysia.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Maybank dan Mastercard bekerjasama bersama syarikat luar, sebelum ini kedua-dua syarikat ini turut menawarkan penawaran yang sama khusus buat pengguna Shopee.

Sekiranya anda merupakan seorang yang kerap shopping di Shopee, mungkin artikel di bawah ini antara yang perlu diberi perhatian.

Shopee Perkenalkan Kad Kredit Visa Dengan Kerjasama Bersama Maybank

Ini Caranya Untuk Mohon ‘Refund’ Dari Shopee Jika Penjual Berlengah Menghantar Barang Anda