Last week abam buat pengumuman, untuk anak muda yang rasa keperitan hidup di kota.

Marilah berjinak dengan masjid, dapat makan percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap malam, masjid Taman Melawati ada sediakan dinner selepas Isya’.

Makan percuma di Masjid Taman Melawati.
Makan percuma di Masjid Taman Melawati.

Ada hamba Allah ni mesej abam, dia mengganggur.

Teringin, nak join dinner di masjid, duit pon tak berapa nak ada.. katanya.

Tapi, katanya lagi, dia malu, takut nanti nampak sangat nak makan.

Lagi dua soalan win dia tanya, soalan pertama, kalau pergi makan saja, tak sempat nak solat berjemaah.. ok kan..

Satu soalan lagi, boleh tak dia nak tapau, buat balik rumah.

abam nak jawab pun serba salah.

Tapi abam nak nasihat sikit.

Pergilah bergaul dengan orang, orang masjid ke, orang kelab ke, tak salah jika kita masih mengganggur pun.

Orang masjid ni, sekali kita tengok macam pakcik pencen je, mereka pakai jubah longgar.

Masa kerja dia pakai tie, berbaju kot, baru kita kenal siapa mereka.

Ada satu kes, seorang jiran abam ni kehilangan selipar.

Abam cuba cuba cari juga, selipar mahal.

Abam pun pernah hilang jugak.

Adalah seorang budak ni, pergi ambil selipar extra dari kotak motor dia.

Bolehlah jiran abam ni, pinjam pergi parking kereta.

Selang 2-3 malam, dengarnya mereka terserempak, jiran abam tanyalah budak tu, kerja mana, buat apa dan tinggal mana.

Sesi berkenalan, macam biasa. Tapi akhirnya menjadi sesi temuduga.

Pasal budak tu, baru graduate, tengah cari kerja, sambil-sambil tu dia tolong pakcik dia berniaga pasar malam.

Dipendekkan cerita, jiran abam tu, suruh pergi pejabat, report duty dengan HR Manager.

Ulang, suruh pi report duty, bukan pi interview.

Beliau decision maker.

Interview kat tangga masjid je.

Moral, jangan jadi katak bawah tempurung sangatlah.

Yang nak cari kerja tu, atau sedang belajar..

Belajar bersosial, cari network.

Nanti, kalau terjatuh cinta dengan karier sales macam abam, senang, terus je jadikan prospek.