Kebelakangan ini kita sering disajikan dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh beberapa graduan ketika di atas pentas konvokesyen ketika mengambil ijazah.

Namun kali ini, lain pula ceritanya apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang graduan IPTA membuat silap mata ketika perarakan masuk ke dalam dewan.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter @ufakhrul, graduan berkenaan yang sedang berbaris sempat menunjukkan aksi silap mata menggunakan kad selama beberapa saat.

Di dalam video yang berdurasi 51 saat itu, pemuda itu secara spontan menunjukkan tangan yang kosong sebelum kad dikeluarkan secara tiba-tiba, umpama ahli silap mata yang sedang beraksi di atas pentas.

Menurut pemuda yang bernama Fakhrul itu, video tersebut dirakam oleh isterinya sendiri yang turut terkejut dengan gelagat yang ditunjukkan oleh beliau.

Difahamkan, pemuda yang mempunyai ijazah dalam ‘Urban and Regional Planning’ dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu, merupakan seorang ahli silap mata secara sambilan. Patutlah aksi yang dipamerkan itu berjaya memukau mata orang yang melihat.

Rata-rata netizen yang melihat silap mata itu berasa kagum dan memuji aksi yang dipamerkan oleh graduan tersebut.

https://twitter.com/Athmaraziz/status/1199040878020415488

https://twitter.com/UmarMesran/status/1199156905639206913

Baru-baru ini kecoh di media sosial di mana seorang graduan IPTA membuat ‘Hail Hitler’ tanda solidariti untuk Palestin namun dikecam hebat oleh netizen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Graduan IPTA Buat ‘Hail Hitler’ Tanda Solidariti Untuk Palestin Cetus Kemarahan Netizen

Lihat Ahli Silap Mata Dari Malaysia Mendapat ‘Standing Ovation’ Daripada Para Juri

Zach King Popular Kerana Silap Mata Digital Di Media Sosial