Mencari kerja sambilan atau part time selepas menamatkan persekolahan adalah perkara yang sangat popular dalam kalangan remaja di negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap orang akan teruja untuk mencari kerja-kerja part time ini di kedai-kedai makan, pasar raya dan kedai-kedai serbaneka yang berdekatan.

Tidak lain tidak bukan sudah pastinya untuk mencari duit poket sendiri tanpa mengharapkan daripada ibu bapa dan merasai pengalaman bekerja selepas berada di bangku persekolahan sejak kecil lagi.

Namun, gaji dan wang ringgit bukanlah perkara yang paling penting ketika membuat kerja-kerja part time ini sebenarnya menurut perkongsian yang dibuat @azwant di Twitter baru-baru ini.

Walaupun tidak sempat bekerja selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun menurutnya beliau tidak pernah terlepas untuk bekerja part time ketika menyambung pelajaran di universiti.

“Selain pengalaman, korang dapat cari duit lebih.

“Pengalaman ni yang lagi mahal sebenarnya, bila kerja, macam-macam orang yang kita akan jumpa,” kongsi beliau.

Bercerita lanjut mengenai kisahnya ketika menuntut di universiti tempatan sebelum ini,  Azwan juga berkongsi beliau pernah melakukan pre internship bersama syarikat Mau Kerja.

Pengalaman melakukan pre internship itu menurut Azwan sangat berharga buat dirinya dan mampu untuk menyediakan mahasiswa bagi menghadapi cabaran sebenar ketika melakukan latihan industri ataupun praktikal.

“Walaupun masa tu aku baru 20 (tahun), aku dapat rasa dua tiga role dah. Ni semua exposure untuk kau pilih intern betul nanti,” jelasnya.

Bukan saja berpeluang untuk menerokai bidang yang dipelajari dengan lebih mendalam, pengalaman melakukan pre internship dan kerja-kerja part time itu juga mampu untuk membezakan beliau dengan mahasiswa-mahasiswa lain ketika memohon untuk melakukan latihan industri ataupun praktikal.

“Bayangkan, dari lepas SPM kau tak pernah kerja, dalam CV nak tulis apa?

“Aktiviti zaman universiti bukan tak ok, tapi diorang lagi pandang kerja, sebab nak ambik kau kerja kan?” soalnya.

Selain pernah melakukan pre internship, Azwan juga berkongsi beliau juga pernah bekerja sebagai juruwang dan juga sebagai pengawal keselamatan atau pun ‘pak guard’.

Malah, pengalaman-pengalaman bekerja part time itu menurut Azwan juga lebih menarik perhatian mereka yang melihat CV miliknya.

“Walaupun aku dah lebih setahun kerja dalam bidang aku ni, orang yang tengok CV aku still akan tertarik nak tanya pasal part time yang pernah aku buat,” jelasnya.

Baca penjelasan lengkap daripada lelaki ini yang menerangkan kenapa generasi muda sekarang sentiasa merungut gaji yang diterima mereka tidak cukup jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Gaji RM3,000 Tidak Cukup Buat Golongan Muda Sekarang

Elon Musk Sedia Terima Pekerja Tanpa Pendidikan Tinggi Bekerja Di Tesla

Gaji Tinggi Setiap Bulan, Ini Realiti Sebenar Pekerja ‘Offshore’ Yang Ramai Tidak Tahu

Sumber