Ibarat sudah menjadi trend apabila pentas konvokesyen dijadikan tempat untuk graduan meluahkan rasa ketidakpuas hatian mereka. Pada Oktober lalu, istiadat konvokesyen Universiti Malaya apabila seorang graduan membawa placard mendesak Naib Canselor universiti itu untuk meletakkan jawatan.

Baru-baru ini pula kecoh di laman Twitter, apabila seorang pengguna Twitter, @ayyputeri memuat naik sebuah perkongsian yang memaparkan sekeping gambar screenshot seorang graduan Universiti Malaysia Sabah membuat sign ‘Hail Hitler’ dengan mengangkat sebelah tangan semasa menaiki pentas untuk mengambil ijazah.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, graduan tersebut berbuat demikian sebagai tanda bersolidariti untuk umat Islam di Gaza dan berterima kasih kepada Hitler kerana melaksanakan Holocaust.

Seperti semua sedia maklum, Adolf Hitler adalah diktator Nazi German yang telah membunuh jutaan orang yahudi pada tahun 1941 hingga 1945 bertujuan untuk menghapuskan kaum tersebut.

Perkongsian graduan berkenaan ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan netizen apabila lelaki itu dikecam hebat oleh netizen dan ada yang berpendapat tindakan yang dilakukan itu merupakan tindakan yang kurang bijak.

Ramai yang menganggap graduan ini kurang membuat kajian berkenaan siapa sebenarnya Adolf Hitler dan idealogi ‘keaslian’ kaum yang dibawakan oleh diktator tersebut.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadamkan oleh pihak Facebook kerana dikatakan telah melanggar Standard Komuniti laman tersebut.

Namun begitu, graduan tersebut masih selamba berjenaka mengatakan bahawa posting tersebut hanya gurauan semata-mata.

Buat bakal graduan akan datang, diminta untuk lebih berhati-hati dan peka terhadap semua perkara. Janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan nama dan institusi masing-masing.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang graduan Universiti Malaya mogok ketika graduasi membuatkan netizen marah. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen

Baca Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Biadap Ketika Istiadat Konvokesyen

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Berjaya Menarik Perhatian Neelofa

 

 

Anda Mungkin Suka