Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Laman web pencarian kerja kosong terkenal, LinkedIn semalam telah mengeluarkan hasil laporan mengenai data Kebolehpasaran Bidang Kerja di Malaysia 2019. Laporan ini turut menyebut jumlah individu berkelulusan teknologi yang sedang mencari kerja lebih ramai di negeri Kedah dan Sarawak.

Dua negeri ini dilabelkan sebagai ‘Hidden Gem’ untuk graduan teknologi berikutan dengan jumlah graduan yang melebihi jawatan yang ditawarkan di negeri tersebut. Selain itu, laporan ini juga menyenaraikan 5 jenis pekerjaan yang semakin berkembang pesat dari tahun 2013-2017.

LinkedIn-Kedah-Sarawak

sumber: Linkedin Emerging Job Report 2019

capture-20190130-103132

Laporan ini dikeluarkan sebagai satu garis panduan untuk pihak majikan memahami cabaran dan peluang baharu yang wujud dalam pasaran negara selain daripada berperanan sebagai panduan untuk pihak pengurusan untuk membuat penialian awal mengenai trend pengambilan pekerja masa kini.

Graduan yang sedang mencari jawatan yang bersesuaian juga boleh menggunakan laporan ini sebagai panduan untuk meningkatkan kemahiran individu yang berkaitan.

Anda Mungkin Suka