Menurut laporan Bernama yang diterbitkan oleh New Straits Times, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menghalang graduan perubatan untuk bekerja dalam bidang lain selagi tidak melanggar etika perubatan yang ditetapkan.

Menteri, Datuk Seri S. Subramaniam berkata langkah itu adalah untuk membenarkan graduan bekerja sementara mereka menunggu panggilan untuk menjalani ‘housemanship’ di hospital-hospital kerajaan.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

“Kami tidak menghalang mereka untuk bekerja sepanjang tempoh menunggu, selagi ia beretika dan tidak melanggar peraturan.”

“Mereka tidak boleh memberi rawatan kepada pesakit, kerana untuk melakukannya anda perlu berdaftar dengan badan perubatan dan menjalani ‘housemanship’,” kata beliau kepada wartawan selepas perasmian Persidangan Kebangsaan bagi Penyelidikan Klinikal (NCCR) Ke-10.

Beliau menjawab sedemikian setelah disoal sekiranya graduan yang masih menunggu latihan ‘housemanship’ boleh melakukan kerja luar seperti melakukan kerja penyelidikan di bahagian klinikal.

Anda Mungkin Suka