Malaysia merekodkan kehilangan graduan perubatan ‘terbaik dan paling cemerlang’ kepada Singapura setiap tahun. Bekas dekan fakulti perubatan Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman mendakwa sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan UM setiap tahun memilih untuk menjalani latihan perubatan di Singapura berbanding Malaysia.

Menurut laporan NST, Dr Adeeba melihat permasalahan ini berpunca daripada kekurangan peluang di Malaysia, di mana ia telah memaksa graduan perubatan untuk mencari peluang yang lebih baik di luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ciapan beliau itu adalah jawapan kepada laporan yang dikeluarkan oleh CodeBlue, tentang bagaimana jabatan kecemasan tidak sepatutnya mengendalikan semua kes yang tiba.

Artikel itu juga melaporkan bahawa pesakit kritikal, termasuk mereka yang menggunakan ventilator, dibiarkan selama enam hari di jabatan kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana kekurangan katil dan kakitangan.

Dr Adeeba dalam ciapannya berkata bahawa terdapat keperluan mendesak untuk menangani permasalahan ini.

“Ingat, ia menelan kos hampir RM1 juta untuk melatih setiap pelajar. Dan kini kami juga nampaknya akan membantu mengatasi kekurangan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) (di United Kingdom) dengan menghantar pegawai perubatan kami ke UK,” katanya.

Bagi beliau, selagi isu ini tidak ditangani dengan serius, sistem penjagaan kesihatan di negara ini akan terus mengalami masalah yang sama.

“Saya tidak menyalahkan rakan sekerja yang muda sama sekali. Saya juga akan keluar jika ada peluang. Kami mengecewakan mereka. Bagaimanakah kita boleh menjangkakan untuk membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan bertaraf dunia apabila kita mempunyai masalah dalaman dan luaran yang berterusan ini?” soal beliau.