Musim graduasi pelajar-pelajar Universiti Awam baru sahaja berlalu. Sudah menjadi impian setiap pelajar universiti berusaha sebaik mungkin untuk mendapat GPA 4.00 setiap semester.

Menerusi majlis graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS) baru-baru ini, nama Kong En Yie menjadi perbualan hangat hingga ke media sosial apabila beliau berjaya menerima anugerah dekan untuk 7 semester berturut-turut. Lebih hebat lagi, Kong En Yie telah mendapat pointer 4.00 setiap semester, menjadikan Cumulative Grade Point Average (CGPA) sebanyak 3.99. Hebat bukan?

Usaha graduan jurusan Pengkomputeran Rangkaian dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini telah membuahkan hasil yang sangat lumayan apabila beliau diberi penghargaan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang). Beliau juga merupakan Finalis Huawei Seeds for the Future.

Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang lain untuk terus berusaha. Syabas dan tahniah buat Kong En Yie dan graduan lain di seluruh Malaysia.