Pada bulan ini, rata-rata universiti di seluruh Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen bagi meraikan  pelajar-pelajar yang sudah tamat dalam pelajaran di institut masing-masing. Detik ini sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas membanting tulang dalam pelajaran.

Segulung ijazah yang digenggam merupakan bukti mereka telah berusaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan tersebut. Namun lain pula jadinya apabila seorang graduan daripada Universiti Malaya ini dimana beliau telah mengambil kesempatan dengan mewujudkan provokasi terhadap naib canselor di universiti tersebut.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Semalam kecoh di media sosial apabila seorang pengguna twitter, hzwnsyfq memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang graduan berbangsa Cina daripada Universiti Malaya melakukan protes di atas pentas ketika mengambil skrol ijazah di majlis konvokesyen universiti tersebut.

Lelaki tersebut yang bernama Wong Yan Ke dikatakan mengeluarkan sepanduk yang bertulis “WHY VC must resign” dilipat di dalam poket seluarnya lalu berteriak meminta naib canselor universiti tersebut meletakkan jawatan.

Tindakan graduan tersebut yang dianggap kurang ajar telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen. Majoriti netizen meminta graduan tersebut dikenakan tindakan yang sepatutnya di atas perbuatannya yang telah mencemar majlis tersebut.

Penggerak Siswa Universiti Malaya juga telah melancarkan petition bagi menarik semula sijil ijazah sarjana muda yang diterima oleh Wong Yan Ke. Seramai 34,150 daripada 35,000 orang telah menandatangani petition tersebut disaat artikel ini ditulis.

Terdahulu, Wong Yan Ke juga dikatakan telah menimbulkan kekecohan semasa kedatangan DS Najib Razak di restoran Amjal. Walau bagaimanapun tindakannya diangkat sebagai wira oleh beberapa pihak atas dasar kebebasan bersuara. Pada pendapat anda, adakah tindakan Wong ini dianggap kebebasan bersuara atau kurang ajar?

200,000 graduan yang masih tidak mempunyai pekerjaan ketika ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

200,000 Graduan Di Malaysia Tidak Mempunyai Pekerjaan Ketika Ini

Graduan IT Dari Kedah Dan Sarawak Dilabelkan Sebagai ‘Hidden Gem’ Oleh LinkedIn

 

 

Anda Mungkin Suka