Bulan Oktober merupakan bulan yang penuh dengan majlis konvokesyen yang dilakukan oleh universiti-universiti di seluruh Malaysia. Majlis konvokesyen ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar mereka yang sudah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma mahupun Ijazah. Detik ini sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas membanting tulang dalam pelajaran.

Semalam, tular di laman Twitter, di mana seorang netizen, Are_Fieqq memuat naik sebuah video seorang gadis menerima Anugerah Pelajaran Diraja kerana memperolehi PMK 3.99 (4flat) dalam keputusan akhir pengajiannya di Universiti Utara Malaysia.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Graduan yang bernama Nur Athirah Rushami Zien merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Falsafah Undang-undang dan Perniagaan. Kejayaan gadis tersebut menjadi bualan hangat di media sosial sehinggakan videonya yang tular ketika mengambil ijazah telah mendapat retweet sebanyak 63,600 kali di laman Twitter.

Sumber: Twitter

Rata-rata netizen memuji pencapaian gadis yang berumur 23 tahun ini diatas kejayaannya dalam memperolehi keputusan cemerlang dan anugerah dekan selama 7 semester berturut-turut. Malah, kejayaan gadis ini juga telah berjaya menarik perhatian ramai pihak termasuklah pelakon dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa.

Neelofa memuat naik satu posting di akaun rasmi Twitter miliknya mengucapkan tahniah dan berhasrat memberikan hadiah kepada gadis tersebut di atas kejayaannya.

Majoriti netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan gadis tersebut dan turut berbangga di atas pencapaiannya yang luar biasa itu.

Baru-baru ini kecoh graduan Universiti Malaya mogok ketika majlis konvokesyen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen

Graduan IT Dari Kedah Dan Sarawak Dilabelkan Sebagai ‘Hidden Gem’ Oleh LinkedIn

Anda Mungkin Suka