Walaupun orangnya sudah pergi, tetapi suaranya masih boleh kedengaran pada album-album lama Linkin Park. Sebuah kumpulan rock yang terbina 1996 dan diketuai oleh Chester Bennington – rest in punk!

Terbaharu, isteri kepada frontman Linkin Park, Talinda Bennington mengumumkan di laman twitter miliknya bahawa Gray Daze – kumpulan rock pertama Chester Bennington sebelum penubuhan Linkin Park – akan mengeluarkan album dengan vokal mendiang Chester.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam masa yang sama, Talinda juga mengatakan bahawa ulang tahun ke-20 penubuhan Gray Daze akan tetap dijalankan walaupun suaminya sudah tiada.

Bennington dan Gray Daze mula merakam semula muzik mereka pada Februari 2017 dan merancang untuk mengadakan ulang tahun pada musim luruh.

Talinda menyatakan bahawa Bennington sangat mahu para peminat memiliki album ini kerana lagu-lagunya akan buat lebih dekat dengan para peminat.

“Apabila Chester meninggal dunia, pertemuan semula Grey Daze seolah-olah menjadi peringatan kepada semua yang terlibat, mereka menderita, saya menderita, dan ada terlalu banyak emosi yang dapat dilakukan sebelum kita dapat memikirkan apa yang akan terjadi pada projek itu,” katanya. tambahnya.

Bennington meninggal dunia pada 20 Julai 2017 akibat bunuh diri, tepat pada hari lahir temannya, Chris Cornell. Cornell, frontman Soundgarden dan Audioslave, juga meninggal dunia akibat bunuh diri pada bulan Mei tahun yang sama. Bennington berusia 41 tahun dan Cornell berusia 52 tahun.

Baca tulisan lama kami tentang Chester Bennington. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Rakaman Terakhir Chester Bennington Bersama Linkin Park Untuk ‘Carpool Karaoke’

Dengar Persembahan ‘Tribute’ Coldplay Buat Chester Bennington

Chester Bennington, Perginya Seorang Vokalis Hebat Kerana ‘Depresi’