Daripada watak Wolverine hingga ke watak P.T Barnum, apa sahaja watak yang Hugh Jackman tidak boleh bawa? Jika sebelum ini kita nampak sisi fighter Hugh Jackman, kali ini Hugh Jackman tampil berbeza apabila beliau akan menari dan menyanyi dalam filem The Greatest Showman!

Nak tahu betapa dedikasinya Hugh Jackman untuk filem muzikal ini? Khabarnya beliau berlatih 10 jam sehari untuk mengingati lagu dan tarian dalam filem ini! The Greatest Showman akan membawa anda kisah seorang public relations (PR), showman, businessman dan philantrophist Phineas Taylor Barnum (P.T Barnum) tentang bagaimana beliau memulakan empayar bisnesnya daripada kosong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau anda sudah mengenali P.T Barnum (bagi sesiapa yang bekerja di sektor PR pasti sangat kenal dengan lelaki ini) anda pasti sudah tahu kisah hidup P.T Barnum. Tetapi buat anda yang tidak kenal siapa lelaki ini, The Greatest Showman akan membawa anda menyelami kisah lelaki ini dengan cara yang sangat fun.

P.T Barnum adalah pengasas kepada circus pertama di dunia iaitu P.T Barnum Circus. Cerdiknya P.T Barnum ini adalah idea beliau yang mahu buat duit dengan keunikan setiap individu yang berada di P.T Barnum. Walaupun orang menganggap beliau sebagai seorang penipu, tetapi P.T Barnum tetap meneruskan circus miliknya ini sehingga ianya menjadi popular di seluruh dunia.

Di atas ini adalah serba sedikit cerita ini. Bagaimana filem ini secara keseluruhannya? Kalau anda peminat filem Hindustan, ini kiranya Hindustan versi Hollywood. Akan ada babak menari dan menyanyi di sepanjang filem ini yang bagi saya, diatur dengan kemas. Tetapi ada juga masa yang seperti tidak sesuai untuk letak lagu terutamanya ketika waktu sedih. Jadi lucu sedikit.

Pelakon wanita yang kini sedang meningkat naik, Zendaya yang sebelum ini berlakon dalam filem ‘Spider-Man: Homecoming’ sangat menarik dalam filem ini. Beliau kelihatan sangat sweet dan charming dalam filem ini. Zac Efron pula? Filem muzikal ini kira ‘makanan’ buat beliau kerana pengalaman luas beliau dalam filem muzikal sebelum ini seperti ‘High School Musical’.

the greatest showman 2
Zendaya & Zac Efron dalam ‘THe Greatest Showman’

Babak paling memorable bagi saya adalah ketika Hugh Jackman ingin menawarkan kerja kepada Zac Efron ketika mereka minum di bar. Lagu dan choreography ketika babak ini memang padu! Jadi anda kena ke pawagamlah untuk menonton filem ini.

Disebalik pujian, ada juga kekurangan filem ini. Paling nampak pastinya grafik CGI filem ini yang tidak begitu kemas. Ianya cabaran biasa yang perlu dihadapi pembuat filem bagi mengambarkan bandar di Amerika Syarikat berlatarkan tahun 1850an. Filem ini hanyalah based on true story dan pastinya ada tokok tambah untuk menyedapkan cerita.

Buat anda yang sukakan filem muzikal, ini filem yang anda perlu tonton sebelum berakhirnya tahun 2017. Saya beri rating 8.5/10 untuk filem ini. Mungkin ada yang beri rating rendah untuk filem ini tetapi lain orang, lain citarasa. “The noblest art is that of making others happy,” ayat yang pernah disebut P.T Barnum dan ya, filem ini pasti akan buat anda gembira.