Dapat membayar tol tanpa perlu memberhentikan kenderaan serta beratur panjang merupakan salah satu impian orang ramai semasa menggunakan lebuh raya di negara ini.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai, baru-baru ini Green Pack Bhd telah berkerjasama dengan FETC International Co. (FETCi) daripada Taiwan untuk menguji keberkesanan Sistem Tol Aliran Bebas (MLFF) yang dijadualkan bermula pada awal tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ujian konsep tersebut akan dijadualkan selama tiga bulan bagi mengumpul data penggunaan MLFF ini di Lebuh Raya Besraya KM5.5 menghala ke arah utara. Data yang dikumpul akan dikongsikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk membuktikan keberkesanan sistem tol MLFF ini.

“Ujian konsep MLFF adalah proses penting untuk mencapai keadaan lebuh raya-bebas kesesakan melalui infrastruktur lalu lintas yang lebih baik, seperti yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia (ITS) Kementerian Kerja Raya.

“FETCi bertindak sebagai pengenal frekuensi radio (RFID) dan pakar tol bebas aliran yang telah memasang beberapa sistem MLFF di negara-negara Asia lain, akan menyediakan peralatan dan kepakaran front-end dalam pelaksanaan MLFF,” terang Green Packet dalam satu kenyataan rasmi.

Berita ini memberi petanda baik buat pengguna laluan tol di seluruh negara yang mana orang ramai tidak perlu lagi bersesak-sesak apabila menggunakan lebuh raya pada masa akan datang. Sekaligus ia dapat melancarkan aliran trafik dengan lebih efisyen dan menjimatkan masa pengguna.

Sebelum ini lorong tol tambah nilai Touch ‘n Go telah dihentikan bagi mengelakkan kesesakan yang melampau serta memastikan keselamatan pekerja. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lorong Tol Tambah Nilai Touch ‘n Go Bakal Dihentikan Bermula 5 November

Sepantas Kilat Lepasi Palang, Ujian RFID Bayar Tol Tanpa Perlu Berhenti Tular

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Sumber