Dalam kehangatan FIFA Football Award 2016 semakin dekat, ditambah pula terdapat Malaysia di dalam FIFA Puskás Award di dalam finalis tahun ini mungkin bakal menjadi anugerah FIFA pada tahun ini sedikit unik buat seluruh Rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, senarai pendek finalis Pemain Bola Sepak Terbaik 2016 atau lebih dikenali dengan FIFA Ballon d’Or telahpun diumumkan. Seperti biasa, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi antara calon yang konsisten sejak hampir sedekad ini manakala calon finalis ketiga pada tahun ini jatuh kepada Antoine Griezmann.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

griezmann-celebration

Buat anda yang mengikuti sukan bola sepak atau Euro 2016 pastinya ada tahu bagaimana Antoine Griezmann telah membawa pasukan kebangsaannya iaitu France sehingga ke Final Euro 2016. Selain menjadi penjaring terbanyak di dalam Euro 2016, gaya celebration beliau yang dengan gaya ‘hotline bling‘ daripada Drake mungkin antara detik yang paling epik di dalam tournament tersebut.

Di peringkat kelab, pencapaian Griezmann tidak kurang hebatnya. Di bawah pengurusan Diego Simeone, Atletico Madrid telah berjaya melangkah ke Final Uefa Champions League 2016. Malangnya, beliau tewas di dalam kedua-dua final tersebut dengan Real Madrid dan pasukan kebangsaan Portugal yang memiliki seorang hero.

Portugal's Cristiano Ronaldo celebrates after scoring against Estonia during their friendly soccer match at Benfica stadium in Lisbon, Wednesday, June 8 2016. Portugal will play in the Euro2016 in Group stage against Austria, Hungary and Iceland in Group F. (AP Photo/Steven Governo)

Hero yang saya maksudkan adalah Cristiano Ronaldo. Sememangnya tahun 2016 merupakan tahun yang gemilang buat Ronaldo. Beliau berjaya memenangi dua piala penting buat kelab dan negaranya iaitu Uefa Champions League dan Euro 2016. Lebih manis ini merupakan pertama kali Portugal memenagi tournament Euro dimana beliau merupakan captain pasukan.

download

Meskipun hanya bermain beberapa minit pada perlawanan final, namun aksi beliau diatas padang cukup untuk mengambarkan leadership dan passionate beliau terhadap pasukan kebangsaannya.

Selain itu, beliau juga berjaya menjadi penjaring terbanyak Uefa Champions League dengan 16 jaringan gol dibawah pengurusan Zinedine Zidane. Melihat kepada rekod beliau pada tahun ini, kemungkinan besar beliau bakal merangkul FIFA Ballon d’Or buat kali keempat dan ketiga sebagai pemain Real Madrid.

1024x534-7096774193549__origin__0x46_lionel_messi

Pencabar terdekat Cristiano Ronaldo pada setiap tahun sudah pastinya Lionel Messi yang kini sudah memenangi FIFA Ballon d’Or sebanyak 5 kali. Pemain berusia 29 tahun ini merupakan watak penting Barcelona dimana kelab ini berjaya memenangi 2 piala pada musim lepas iaitu La Liga dan Copa Del Ray.

Nasib beliau mungkin sedikit malang di peringkat negara apabila beliau sekali lagi gagal membawa kejayaan buat Argentina memenangi Copa America Centenario. Walaubagaimanapun, pencapaian individu beliau buat kelab dan negara memang tidak dinafikan, sememangnya grande. Messi juga kini merupakan penjaring Argentina memintas rekod ‘Batigol’ Gabriel Batistuta.

cropped_reu_486618

Setakat ini, Kaka merupakan satu-satunya pemain yang diumumkan sebagai pemain terbaik apabila digandingkan bersama Messi dan Ronaldo sebagai finalis pada tahun 2007. Selepas hampir sedekad, mampukah Antoine Griezmann menjadi pemain kedua memecah dominasi ini?

Segalanya bakal terjawab pada 9 Januari ini di Zurich menerusi acara FIFA Football Award 2016. Dalam pada itu, sudahkah anda mengundi Faiz Subri untuk membolehkan beliau memenangi FIFA Puskás award sebagai jaringan gol tercantik 2016? Jaringan Faiz Subri memerlukan undian anda dan anda boleh mengundi di sini.

Anda Mungkin Suka