Pastinya ini berita baik buat kaki wayang diluar sana, kini anda boleh menikmati pengalaman menonton wayang dengan lebih mengujakan. GSC melancarkan pawagam kesan khas terbaharu, 4DX yang pertama di Lembah Klang yang terletak di GSC 1 Utama semalam.

Kami juga dapat merasai pengalaman menonton filem Bumblebee di pawagam 4DX semasa pelancarannya semalam.

photo_2018-12-28_09-51-03

Apa yang dapat kami katakan, kesan khas pergerakan serta persekitaran yang ditawarkan pastinya akan mengujakan anda dimana kerusi ‘motion’ akan bergerak selari dengan aksi di skrin seperti apabila Bumblebee berlawan dengan Decepticons yang pastinya akan membuat anda tidak boleh tidur dalam wayang disebabkan kerusi bergerak dan anda akan berasa berdebar seperti anda menaiki roller coaster.

Malah, anda pasti akan berasa lapar kerana efek bauan yang ada dan kenapa kami katakan begitu kerana ketika babak sosej digoreng, kami dapat bau sosej tersebut dan menyebabkan kami rasa ingin makan sosej ketika itu.

Snow effect during a 4DX movie screening

Selain itu, ketika babak Bumblebee dan Decepticons berlawan yang melibatkan air, pastinya anda akan kena percikkan air dan ketika Decepticons terbang anda akan merasai angin yang sejuk seperti anda berada di udara.

Apa yang kami dapat simpulkan, pengalaman menonton wayang dengan teknologi sinematik empat dimensi (4D) ini dilengkapi dengan lebih 20 jenis kesan khas pergerakan serta persekitaran akan membuat anda seperti dalam filem iaitu merasai apa yang watak dalam filem rasa seperti terhempas, dan lain-lain. Antara efek-efek lain yang ada di wayang 4D ini, terdapat salji, hujan, asap, lampu strobe, belon dan banyak lagi.

Bubble effect can be achieved in 4DX movies

Selain itu, GSC juga bercadang untuk memperkenalkan dua lagi panggung 4DX pada tahun hadapan meliputi GSC IOI City Mall, Putrajaya dan GSC Southkey, Johor Bahru. Jika sebelum ini, GSC memperkenalkan pawagam 4DX ini di GSC Paradigm Mall, Johor, kini anda yang berada di Lembah Klang boleh merasai sendiri pengalaman yang pastinya akan memberikan anda satu kelainan.

4DX is able to simulate water as well as rain

Jadi, bagi anda yang berada sekitar Lembah Klang, jangan lupa merasai sendiri pengalaman menonton wayang dengan 4DX yang akan memberikan anda satu pengalaman baharu.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.