Pastinya ini merupakan berita baik buat kaki wayang diluar sana yang ingin pengalaman yang berbeza menonton wayang. Jika bagi anda menonton wayang 3D sudah membuatkan anda seperti berada dalam filem, teknologi ScreenX yang bakal dibawa masuk pastinya akan memberikan satu pengalaman yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Golden Screen Cinemas (GSC) telah bekerjasama dengan CJ 4DPLEX Korea Selatan untuk membawa ScreenX, yang memiliki panorama paparan skrin 270 darjah ke GSC 1 Utama pada awal tahun 2019. Malah, GSC dijangka akan menambah lagi 2 ScreenX pada tahun 2020.

ScreenX adalah teknologi teater pelbagai guna yang pertama di dunia yang membolehkan pengalaman menonton filem panorama 270 darjah. ScreenX membolehkan penonton melangkaui bingkai skrin filem tradisional, menggunakan sistem proprietari untuk mengembangkan imej skrin tengah ke dinding sisi, dikelilingi dengan imej yang memberikan pengalaman seperti berada di dalam filem.

Pastinya anda tidak sabar untuk merasai pengalaman baharu menonton wayang yang pastinya akan membuat anda seakan berada di dalam filem.