Jika sebelum ini GSC telah melancarkan pawagam 4DX dan telah memberikan anda satu pengalaman dan kepuasan menonton wayang yang berbeza dan unik. Kini, GSC tampil perkenalkan pawagam ScreenX yang pertama di 1Utama.

Untuk pengetahuan anda, pawagam ScreenX adalah teknologi teater pelbagai guna yang pertama di dunia yang membolehkan pengalaman menonton filem panorama 270 darjah. Malah, penonton akan merasai seperti dalam filem tersebut kerana dikelilingi dengan skrin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut GSC, bermula dari 5 Ogos hingga 4 September, terdapat harga istimewa untuk anda di luar sana iaitu harga tiket hanyalah RM14 sahaja untuk menonton di pawagam ini. Akan tetapi, untuk permulaan hanya ada 5 filem terpilih sahaja yang akan ditayangkan iaitu Spider-Man: Far From Home, Captain Marvel, Godzilla: King of Monsters, Annabelle Comes Home dan Bohemian Rhapsody.

Jika anda terlepas menonton filem-filem tersebut sebelum ini, anda boleh menonton dan merasai pengalaman yang berbeza. Untuk maklumat lanjut mengenai waktu tayangan, anda boleh layari laman web ini.