Pasti ramai yang sudah menonton Avengers: Infinity War semalam dan apa pendapat anda untuk filem ini? Bagi kami, ianya adalah salah satu karya terbaik Marvel setakat ini.

Ramai yang teruja setelah menjadi antara yang terawal dapat menonton filem ini dan tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan dan kepuasan selepas melihat Avengers: Infinity War. Namun, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab merakam sebahagian klip filem Avengers: Infinity War dan dikongsi di laman sosial.

pandelela241017
HYPE
Penerjun Negara Kongsi Perasaan Mewakili Malaysia Di Sukan Antarabangsa
Baca lagi →

Perlakuan sebegini nyata buat Golden Screen Cinemas tidak gembira dan sedih dengan perangai rakyat Malaysia yang suka merakam footage filem secara haram. Dalam Insta Stories GSC, mereka kecewa kerana walaupun sudah berulang-kali diberi peringatan, masih ada yang degil dengan membuat Facebook Live, Insta Stories dan bermacam lagi ketika menonton.

Mereka turut menambah apa akan jadi jika tiada filem luar yang masuk ke Malaysia seandainya pihak pembikin filem luar tidak lagi mempercayai penonton di Malaysia? Itulah antara luahan GSC terhadap penonton di Malaysia.

Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab. Avengers: Inifinity War memang awesome tetapi kita perlu respect rakan-rakan kita yang mungkin belum berkesempatan untuk menonton filem ini lagi. Kesian pada mereka jika terbaca atau terlihat spoiler. Apa pun, support Marvel di saluran yang betul. Ayuh ke pawagam untuk tonton Avengers: Infinity War!

Anda Mungkin Suka