Siapa sangka pengalaman filem seram bertukar menjadi pengalaman yang pahit apabila salah seorang penonton di GSC Mid Valley diserang serangga pepijat ketika menonton filem ‘The Nun’.

Perkongsian mangsa serangan di Facebook turut menarik perhatian GSC untuk membuat rawatan serangga perosak serta memandang isu ini secara serius agar masalah ini tidak berulang lagi.

eth

Berita mengenai serangan serangga pepijat ini dikongsikan oleh Damien Chen selaku mangsa. Beliau pada mulanya berasa tidak selesa sewaktu menonton wayang serta berasa gatal dibahagian belakang badannya.

Beliau yang mengangap punca kegatalan daripada nyamuk pada mulanya tidak mengambil serius sehinggalah beliau merasakan badannya terlalu gatal. Beliau kemudiannya menjumpai serangga pepijat pada tempat duduknya.

Melihat kepada jumlah serangga yang banyak, beliau bersama teman wanitanya memilih untuk terus untuk keluar daripada dewan pawagam seterusnya membuat laporan secara terus kepada GSC Mid Valley sebelum membuat perkongsian di Facebook. Mereka juga turut mendapat bayaran balik secara terus daripada pihak kaunter.

independence amc alleged bed bug_1508812439765_69558037_ver1.0_900_675

Contoh pepijat yang berada pada tempat duduk

Diharap pihak pawagam khususnya GSC dapat memberi penekanan terhadap isu serangga pepijat ini agar masalah melibatkan keselesaan pengguna ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group