GSC telah melancarkan pawagam 4DX di IOI City Mall, Putrajaya semalam. dan ia merupakan pawagam 4DX ketiga selepas diperkenalkan di GSC Paradigm Mall, Johor dan GSC 1 Utama. Pastinya anda yang tinggal berdekatan Putrajaya akan gembira dengan berita ini kerana pawagam 4DX akan memberikan anda satu pengalaman dan kelainan dalam menonton wayang.

Apa yang dapat kami katakan, pawagam ini tampil dengan beberapa kesan khas untuk menjadikan pengalaman menonton filem anda lebih menarik. Antara kesan khas yang dibawa adalah hujan dimana jika ada adegan melibatkan hujan atau air, anda akan merasa seperti dalam filem kerana percikan air akan dikenakan pada anda. Malah, terdapat 21 kesan khas yang ditawarkan dalam pawagam 4DX ini selain hujan seperti salji, angin, gerakan dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

4dx-vocket1

Pelancaran pawagam tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CJ 4DPLEX, JongRyul Kim. Mungkin anda boleh menonton filem Avengers: Endgame yang akan ditayangkan tidak lama lagi di pawagam ini. 

Baca lagiGSC 1 Utama Lancarkan Pawagam 4DX Pertama Di Lembah Klang