Ini berita baik buat anda yang tidak sempat membeli tiket untuk tayangan awal filem Avengers: Endgame, kini anda berpeluang mendapatkan tiket filem tersebut. GSC tampil dengan promosi tayangan filem tersebut pada 24 April 2019 seawal jam 7 pagi dan anda boleh membelinya sekarang.

Promosi tersebut berharga untuk RM35 sahaja untuk tiket dan anda akan mendapat hotdog beserta minuman. Malah, anda juga berpeluang untuk mendapatkan keychain edisi khas sempena filem tersebut.

Walaubagaimanapun, promosi ini hanya terhad di beberapa buah pawagam sahaja iaitu di GSC Mid Valley, 1 Utama, IOI Puchong, MyTown, IOI City Mall, Pavilion KL, Gurney Plaza Penang, Paradigm Mall Johor dan CityONE Kuching.

Bagi yang telah membeli awal, pasti akan berasa sedikit kecewa dengan pengumuman GSC ini. Diharap tiada yang menjual semula tiket wayang mereka dengan harga yang melampau.

Baca lagiTiket Wayang ‘Avengers: Endgame’ Sudah Mula Dijual Kembali Setinggi RM800