Sebuah syarikat pengeluar sarung telefon bimbit berpangkalan di Chicago CardShark, telah memfailkan saman terhadap jenama terkemuka dari Itali, Gucci.

Saman tersebut dikemukakan atas sebab pengeluaran sarung telefon dengan slot kad yang seakan sama dengan rekaan yang sudah dipatenkan oleh CardShark. Sebelum ini sudah terdapat beberapa syarikat terkenal seperti Kate Spade dan Michael Kors turut terpalit dengan isu paten ini namun berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
patent cardshark
Rekaan sarung telefon yang sudah dipatenkan oleh CardShark

Dalam usaha mempertahankan hak paten, CardShark menamakan paten #8,381,905 ini sebagai rekaan sarung telefon bimbit yang dilindungi dengan beberapa ciri tertentu yang membolehkan pengguna menyimpan kad kredit atau wang kertas dengan mudah di belakang sarung telefon tersebut.

Namun sehingga kini pihak Gucci belum mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai isu ini.

Sumber