Dalam dunia fesyen, pelbagai perkara boleh dijadikan reference untuk rekaan terkini. Pakaian yang dipakai watak kartun popular juga tidak terlepas dijadikan inspirasi oleh jenama terkemuka dunia.

Itu yang berlaku dalam kes jenama mewah terkenal, Gucci. Mereka didakwa ‘meniru’ rekaan baju guru besar Shin Chan, Bunta Takakura . Rekaannya memang sama dan anda boleh lihat perbezaanya pada posting pengguna Twitter ini, TOMOKIN.

201911141041192625
HYPE
Ketahui Mengapa Kini Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Dapatkan Peranti Huawei
Baca lagi →

Sebenarnya baju suit ini merupakan koleksi tahun lalu tetapi mendapat perhatian semula selepas TOMOKIN berkongsinya di Twitter. Isu inspirasi rekaan baju ini adalah perkara biasa dalam industri fesyen kerana pakaian watak kartun Lupin The 3rd sebagai contoh turut dijadikan inspirasi untuk pentas peragaan.

Mengapa jenama besar seperti Gucci menghasilkan kembali rekaan baju seperti dalam komik? Pertamanya adalah atas dasar kreativi dan keduanya adalah atas dasar pemasaran. Secara tidak langsung, lebih ramai yang tahu Gucci mengeluarkan produk baharu di pasaran. Bijak bukan?

Ada juga kemungkinan designer Gucci tidak tahu pun rekaan berkenaan wujud dan persamaan berkenaan berlaku secara tidak sengaja.

Siapa sangka guru besar Shin Chan boleh jadi trend setter untuk peminat fesyen. Pada pandangan anda, fesyen watak kartun mana yang anda rasa praktikal untuk dipakai di dunia sebenar?

Dakwaan tiru-meniru ini tidak terhad kepada pakaian sahaja. Di Indonesia, Upin & Ipin pun tidak terlepas daripada menjadi mangsa plagiat dan ada versi Upin & Ipin bernama Burik & Gepeng di Indonesia.

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?

Dallah Dean Kecewa Hasil Kerjanya Didakwa ‘Tiru’ Foto Jurugambar Indonesia

Rastaclat Disaman Kerana Tiru Rekaan Ikonik Off-White™

Anda Mungkin Suka