Peminat jenama Gucci pasti tidak akan terlepas untuk mendapatkan setiap koleksi baru yang dilancarkan. Terbaharu, Gucci perkenalkan koleksi Gucci ‘Mad Cookies’ Top Handle atau bahasa mudahnya bekas makanan.

Menariknya, koleksi tersebut hadir dengan warna hijau dan terdapat imej kartun menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki bersama kucing peliharaannya. Malah, tanda nama dan logo Gucci turut diletakkan pada corak bekas makanan tersebut.

634132_JDMJG_8521_001_063_0000_Light-Gucci-Mad-Cookies-top-handle

634132_JDMJG_8521_002_063_0000_Light-Gucci-Mad-Cookies-top-handle

Koleksi itu dihasilkan dengan corak vintage dan mempunyai tangkai pemegang dapat mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak pada keseluruhan koleksi.

Untuk pengetahuan anda, harga koleksi Gucci ‘Mad Cookies’ Top Handle ini adalah $3,100 (~RM12,895) dan buat anda yang berminat untuk dapatkan ia boleh beli di sini.

634132_JDMJG_8521_004_063_0000_Light-Gucci-Mad-Cookies-top-handle

634132_JDMJG_8521_003_063_0000_Light-Gucci-Mad-Cookies-top-handle

634132_JDMJG_8521_007_063_0000_Light-Gucci-Mad-Cookies-top-handle-2

Kami senaraikan beberapa koleksi Gucci yang menarik pada pautan di bawah ini untuk anda ‘cuci mata’.

Koleksi Beg Terbaharu Gucci Mula Dijual Dengan Harga RM14,530

Seluar Orang Pergi Berkebun, Gucci Hasilkan Jeans Berharga RM3,000 Dengan Corak Rumput

Gucci Hasilkan Koleksi Aksesori ‘GG’ Running

Anda Mungkin Suka