Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Gucci baru sahaja menghasilkan satu jaket yang unik untuk peminat tegar jenama berkenaan. Jaket memancing koleksi terbaru Gucci ini hadir dengan empat poket depan, cincin logam untuk menggantung kunci serta zip pada bahagian tepi jaket.

Menarik tentang jaket Gucci ini adalah ianya dihiasi logo vintaj ‘GG’ berwarna emas berkilat yang dikelilingi tulisan Gucci. Logo ini juga dikhabarkan mengambil inspirasi daripada rekaan bootleg Gucci yang terkenal satu ketika dahulu.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Anda yang kaki memancing boleh mendapatkan jaket vest ini di sini dengan harga £1,447(~RM7,762). Kami jamin, jaket ini pasti ‘laku keras’ di Malaysia kerana ada kumpulan yang sukakan rekaan jaket seperti ini.

Gucci Sleeveless Cotton Blend Fishing Vest

Gucci Sleeveless Cotton Blend Fishing Vest

Mancing

Anda Mungkin Suka