Gucci semalam menerima kecaman teruk daripada orang ramai disebabkan isu penjualan sweater ‘Blackface’ sehingga menyebabkan seluruh keluaran rekaan tersebut ditarik balik dari semua cawangan. Isu ini timbul kerana warna dan rekaan keseluruhan baju ini yang disamakan dengan fesyen tipikal orang berkulit hitam di Amerika.

Kebetulan juga rekaan ini diperkenalkan pada bulan memperingati sejarah Afrika-Amerika atau lebih dikenali sebagai Black History Month yang bermula 1 Februari hingga 28 Februari ini. Sweater polo hitam yang diberi nama ‘balaclava jumper’ ini dijual dengan harga $890 (~RM3,600).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

skynews-gucci-jumper-blackface_4570340

Jika dilihat pada rekaannya, pada bahagian leher diberikan sentuhan turtle neck yang boleh ditarik sehingga menutupi mulut dan dihiasi pula dengan bentuk bibir oversize berwarna merah terang. Berasa agak tersinggung, ramai pihak yang mengutarakan perkara ini di laman Twitter antaranya penerbit filem terkenal, Tariq Nasheed dan penyanyi rap, Travo.

Sumber