Tiada sesiapa suka bermain dengan si penipu. Itu adalah fakta! Bayangkan jika seorang pemain bola yang diberi nama Penaldo mempunyai kuasa halimunan, berjaya menjaringkan 15 gol dalam masa 5 minit, adakah anda gembira?

Berbalik kepada tajuk asal, setelah menerima beberapa kali aduan mengenai penipuan yang membolehkan si pemain memenangi perlawanan satu lawan satu dengan mudah dalam permainan Guild Wars 2, pereka permainan ArenaNet akhirnya melakukan sesuatu yang yang boleh dianggap kejam iaitu pembunuhan secara maya.

Ini melibatkan pembukaan baju di khayalan ramai dan dipaksa terjun dari jambatan tinggi. Bukan itu sahaja, ArenaNet turut memadamkan akaun pemain tersebut sekaligus memadamkan kesemua Virtual Item yang bernilai.

Video di bawah memaparkan beberapa contoh bagaimana hack itu berfungsi.

Kejam!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤