Baru-baru ini, White Rabbit menjadi gula-gula paling popular di Asia Tenggara apabila kenaikan popularitinya yang disebabkan oleh trend ais krim yang dibekalkan mereka di Malaysia dan Brunei.

Namun terkini, pihak berkuasa, Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit merupakan salah satu produk yang tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MoRA turut memberi amaran kepada para pengguna Islam supaya menghalang produk buatan China tersebut dipindahkan ke mana-mana pasaran halal di Malaysia dan Brunei.

Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pembuat ais krim di Brunei seperti Project Ice Cream dan Rumah Gelato berkata mereka akan menghentikan pengeluaran ais krim berperisa White Rabbit di cawangan-cawangan mereka. Pihak mereka juga akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membersihkan peralatan dan kemudahan dengan betul untuk mengembalikan keyakinan pelanggan mereka.

MoRa juga mengingatkan dan memberi amaran kepada para pedagang berlesen bahawa label makanan palsu dan mengelirukan adalah kesalahan di bawah Akta Kesihatan Awam (Makanan) dan pesalah boleh didenda dan/atau dipenjarakan sehingga lima tahun.

Sumber