Gula-gula getah menjadi masalah kepada orang ramai dan alam sekitar.Untuk mengurangkan sisa buangan gula-gula getah dan sampah, sebuah organisasi NGO I amsterdam, pereka jenama Explicit Wear dan syarikat Gumdrop bekerjasama menghasilkan kasut kitar semula daripada gula-gula getah yang dibuang oleh orang ramai.

Mereka menamakan model ini sebagai Gumshoe. Kasut ini dihasilkan daripada teknologi sebatian kitar semula yang dikenali sebagai Gumtec melalui syarikat Gumdrop. Sebatian ini terdiri daripada dua puluh peratus gula-gula getah.

sneakers-made-from-gum-02

sneakers-made-from-gum-03

sneakers-made-from-gum-04

GumTec berkata ini merupakan projek pertama di dunia dimana model kasut dihasilkan melalui bahan buangan gula-gula getah. Dengan penghasilan kasut ini syarikat ini berharap untuk menjadi pioneer serta alternatif dalam menghasilkan sesebuah kasut. Selain itu pencipta ini juga ingin meluaskan projek ini ke bandar utama di negara lain.

Untuk percubaan pertama ini mereka telah menghasilkan kasut gula-gula getah ini dengan tiga warna pilihan iaitu merah jambu, hitam dan merah. Kasut ini akan mula dijual secara meluas pada bulan Jun ini dengan harga sekitar $232 (RM908).

https://www.youtube.com/watch?v=f155BH2MErE