Walaupun pengumuman tarikh pembukaan semula sekolah secara sepenuhnya bermula 15 Julai ini disambut baik kesemua pihak namun ada juga segelintir pelajar yang dilihat kurang bersetuju dengan pengumuman itu.

Melalui beberapa perkongsian di media sosial sejak semalam yang dikongsikan laman SAYS, netizen dilihat berkongsi beberapa tangkap layar (screenshot) oleh pelajar yang membuat pertanyaan terus kepada perdana menteri di akaun media sosial miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertanyaan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa namun apa yang menjadikan ianya mengundang kecaman adalah sikap sesetengah pelajar ini yang dilihat menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertanyaan mereka.

17ca
Antara tangkap layar oleh pelajar yang dikongsikan portal SAYS.
315e
Bukan sahaja tidak mahu sekolah dibuka namun mereka dilihat menggunakan bahasa kasar

Bukan sahaja merayu agar sekolah tidak dibuka namun ada juga sesetengah pelajar yang didakwa melalui tangkap layar itu berkira-kira untuk ‘mengembalikan’ penularan COVID-19.

Walaupun ianya mungkin bersifat sekadar gurauan dalam kalangan pelajar sekali pun, idea yang dikongsikan lengkap bersama ‘cara-cara dijangkiti Coronavirus agar sekolah ditutup semula’ ini berkemungkinan besar boleh mempengaruhi rakan-rakan yang lain.

says1

says2

Tangkap layar yang mula tersebar di beberapa platform media sosial sejak semalam ini sekaligus mengundang kecaman dalam kalangan netizen dengan rata-rata mempersoalkan tindakan segelintir pelajar ini.

Mereka bukan sahaja dilihat tidak menghormati orang yang lebih berusia terutamanya perdana menteri namun penggunaan bahasa kasar dan kurangnya sensitiviti mereka berkenaan penularan wabak COVID-19 juga turut menjadi pertanyaan.

Tatkala ramai yang seusia dengannya cuba mengelak untuk ke sekolah, lain pula kisah pelajar Malaysia di Singapura ini tinggal berseorangan di negara jiran demi menghadirkan diri ke sekolah. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura

Anak Dibuli Hingga Alami Tekanan Perasaan Melampau, Keluarga Tuntut RM2 Juta Dari Sekolah

Sekolah Bakal Dibuka Secara Berperingkat Bermula 24 Jun

Sumber