Dapur merupakan antara bahagian penting dalam sesebuah rumah, ini kerana penyediaan makanan yang penuh rasa kasih sayang akan disediakan oleh orang tersayang anda.

Ruangan dalam dapur haruslah sentiasa kelihatan kemas untuk memudahkan anda mencapai barangan yang diperlukan dan paling utama bersih. Oleh itu, kami ingin kongsikan perkongsian pengguna Facebook Zilly Ekieyda Full yang telah membuat ruangan simpan tambahan menggunakan barangan RM2.10 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-07-25_10-55-46

photo_2020-07-25_10-55-49

photo_2020-07-25_10-55-51

Pada awalnya, beliau membeli barang seperti tempat gantung barang tanpa tujuan di kedai RM2.10, tetapi mendapatkan idea untuk melekatkannya di pintu kabinet sebelah dalam setibanya di rumah.

Kreatif dan menjimatkan, beliau telah menampal tempat gantung di pintu kabinet dan menempatkan barang seperti makanan tin, span basuh pinggan, kain lap dan pelbagai lagi yang ringan.

photo_2020-07-25_10-55-54

photo_2020-07-25_10-55-57

photo_2020-07-25_10-56-00

photo_2020-07-25_11-08-40

Buat anda yang inginkan ruangan tambahan di dapur untuk kelihatan kemas, apa kata anda cuba idea kreatif oleh beliau. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk DIY dapur anda. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel dekorasi yang mungkin jadi inspirasi untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Wanita Ini Kongsi Bina ‘Kitchen Island’ Dalam Ruang Kecil Guna Barang IKEA Bermodalkan RM300

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000