Hujung minggu lalu, kasut custom yang dihasilkan oleh jenama dari Brooklyn, MSCHF telah menarik perhatian dunia apabila melancarkan kasut dengan tema syaitan, Satan Shoes.

Kasut berkenaan merupakan kerjasama dengan penyanyi Lil Nas X di mana kasut berkenaan merupakan salah satu item yang dihasilkan khas bersempena pelancaran video muzik Montero oleh penyanyi itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia turut dihasilkan dengan jumlah 666 dan dihiasi dengan grafik seram pada kotak serta logo pentagram pada kasut. MSCHF turut mendakwa bahagian bawah kasut ini turut mengandungi titisan darah manusia sebenar yang dicampur dengan cat berwarna merah.

mschf inside
Kasut penuh kontroversi ‘Satan Shoes’
nike saman
Surat mahkamah yang dikeluarkan oleh Nike

Namun, gimik berkenaan nampaknya tidak disukai oleh Nike. Menurut wakil mereka, Nike tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran untuk MSCHF menghasilkan kasut dengan teman Syaitan ini. Nike turut dikecam kerana disangka terlibat dengan memberi kebenaran kepada MSCHF untuk menghasilkan model kontroversi ini.

Justeru itu, Nike telah mengeluarkan saman terhadap MSCHF kerana mengeluarkan produk yang jelas mengelirukan pengguna. Namun, ini bukan pertama kali MSCHF berdepan dengan kontroversi.

Tahun 2019, MSCF telah mengasilkan model ‘Holy’, kasut bertema ketuhanan di mana lengkap dengan tanda salib serta holy water dimasukkan di bahagian bawah tapak kasut. Namun, tiada tindakan larangan jualan ketika model berkenaan dijual di pasaran.

Sebelum ini Nike turut terpalit dengan kontroversi reselling yang melibatkan pengarah mereka. Baca lagi pada pautan di bawah.

Naib Presiden Nike Letak Jawatan Selepas Terpalit Skandal Bisnes ‘Reseller’ Milik Anaknya

Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan x Dior RM34,000

Kelihatan Seperti Kain Lusuh, Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500