Media sosial merupakan satu medium untuk orang ramai berkomunikasi dengan kenalan dan juga menambah rakan. Namun begitu, ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penipuan menggunakan platform ini.

Baru-baru, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook Ihs Muadzam Muadzam berkongsi satu posting berkaitan dengan seorang scammer yang telah menipu ramai orang di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian beliau, scammer tersebut telah menggunakan media sosial sebagai tempat untuk mengutip ‘derma’ kononnya anaknya menderita penyakit kronik dan memerlukan bantuan kewangan daripada orang ramai.

Untuk makluman semua, scammer tersebut yang menggunakan nama Saifuddin dipercayai telah menipu ramai orang dengan membuat perkongsian status di Facebook meminta bantuan derma bagi merawat ‘anak-anaknya’ yang mempunyai penyakit kritikal.

Menurut perkongsian itu lagi, taktik ini dilihat digunakan berulang-ulang kali oleh scammer tersebut sehinggakan timbul keraguan dalam diri pengguna Facebook berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila perkongsian scammer tersebut turut dikongsikan oleh beberapa laman rasmi akhbar tempatan di media sosial tersebut. Ini membuatkan lebih ramai orang awam terpedaya dengan tipu helah scammer berkenaan.

Oleh yang demikian, Ihs Muadzam turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan lebih berhati-hati supaya tidak tertipu dengan tipu helah sebegitu. Beliau turut meminta orang ramai untuk melaporkan nombor akaun tersebut kepada Facebook jika masih terlihat posting sedemikian berlegar-legar di media sosial tersebut.

Berikutan itu, rata-rata netizen berasa terkejut dan mengecam tindakan scammer tersebut yang menggunakan penderitaan orang lain untuk mengaut keuntungan.

Terdahulu, seorang wanita dedah taktik scammer yang menyamar sebagai doktor untuk tipu orang ramai secara atas talian. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian

Kerana Berbangsa India, Lelaki Ini Terselamat Daripada Jadi Mangsa ‘Scammer’ Buat Netizen Terhibur

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer