Jenama ‘Supreme’ adalah jenama yang tidak asing lagi di dunia fesyen terutama sekali bagi golongan hypebeast. Jenama tersebut juga sering dipromosikan golongan selebriti tempatan dan juga antarabangsa.

Walaupun begitu, baru-baru ini, jenama tersebut telah menjadi bualan ramai apabila ia dituduh menggunakan gambar seorang pendeta terkenal di negara Thailand iaitu mendiang Luang Phor Koon Parisutho pada ‘Blessings Ripstop Shirt’ dari koleksi Musim Bunga atau Musim Panas 2021 tanpa izin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya difahamkan jenama terkenal tersebut tidak menghubungi mana-mana pihak untuk mendapatkan kebenaran dalam menggunakan gambar tersebut.

Menurut laporan terbitan Bangkok Post yang memetik Sipboworn Kaewngam, jurucakap bagi Pejabat Buddha Kebangsaan (NoB) akan menghantar surat kepada pihak Supreme bagi mendengar penjelasan mereka mengenai penggunaan gambar tersebut.

Elephant-Temple-Wat-Ban-Rai-8-copy
Wat Ban Rai. Sumber: sailingstonetravel

Pengurus bagi kuil Wat Ban Rai di mana mendiang Luang Phor Koon berpusat juga turut mengatakan bahawa beliau serta ahli jawatankuasa yang lain tidak menerima apa-apa surat dari pihak Supreme.

Gambar tersebut dilihat telah diletakkan pada bahagian belakang baju tersebut di mana ia menunjukkan pendeta itu sedang berjongkok sambil merokok. Baju tersebut juga dilihat mempunyai beberapa tulisan ‘yant’ yang merujuk kepada nama bagi tatu yang dicacah pada badan golongan sami Buddha atau lelaki golongan Brahmin.

3896959
Bangkok Post

“Pihak kami akan berbincang bagi menyelesaikan masalah ini dan akan bertanyakan tujuan sebenar jenama tersebut menggunakan gambar tersebut.

“Sekiranya penggunaan gambar tersebut untuk tujuan yang baik, saya tidak keberatan untuk membenarkan pihak tersebut menggunakannya, tetapi pihak tersebut tidak meminta izin kami untuk menggunakannya.” kata Tawatchai.

Sebagai rekod, gambar tersebut diambil pada sekitar tahun 2002 hingga 2003 dan merupakan antara gambar terkenal mendiang Luang Phor Koon. Gambar tersebut diambil bagi tujuan mengumpul dana untuk kuil itu.

Difahamkan, mendiang Luang Phor Koon adalah salah seorang pendeta Thailand yang paling disayangi oleh rakyat kerana sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sederhana serta ajaran Buddha yang mudah diikuti.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai jenama ‘copy ori’ Supreme yang akhirnya tewas di China melalui pautan di bawah.

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

VF Corporation Beli Supreme Dengan Nilai RM8.64 Bilion

Sumber